Wednesday 9 November 2011

Sahabat

Persaudaraan itu ialah mutiara yang halus.
Jika engkau tidak menjaganya,
nescaya akan mendatangkan bahaya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu,
bukanlah orang yang dapat membenarkan kata-katamu.
Sahabat sering menjadi musuh,
oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Uji sahabatmu dengan kesusahan kamu.
kekayaan menarik sahabat-sahabatmu,
kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru 
pada hari esok.
Bila orang merasa dirinya besar,
dia lupa akan salahnya.
Hanya sahabat yang setia sanggup membuka mata.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Mengapa harus ditangisi 
sebuah perpisahan?
Tangislah jalur pertemuan yang diwarnakan,
kerana padanya tersirat
kematian ikatan persahabatan.

No comments:

Post a Comment